Daisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 8, 2010

Sifat Sabar!

------------------------------------------------------------------------------

Sabar adalah menahan diri dan membawa kepada yang di tuntut oleh syara' serta menghindarinya dari yang dilarang.Sabar itu adalah sesuatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. juga menghalang seseorang untuk melakukan kejahatan.



Iman Ghazali menjelaskan:


Sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorongan agama adalah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenalNya, RasulNya, serta untuk mengetahui dan mengamalkan ajaranNya serta perkara-perkara yang berkenaan dengan akibatnya. Sabar iaitu sifat yang membezakan manusia dengan binatang dalam hati menundukkan hawa nafsu. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta dilaksanakan.


Sesiapa yang yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara terus menerus, orang tersebut termasuk golongan 0rang-orang yang sabar.


“ …dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”



Riwayat Bukhari dan Muslim

-------------------------------------------------------------------------------


Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat...
Janganlah menjadi begitu masin.. sehingga orang meludahmu...
Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...



*Have a unique character like salt.. its presence is not felt but its absence makes things tasteless...

--------------------------------------------------------------------------------

*Pesanan untuk diri aye sendiri..bersabarlah menempuhi jem di setiap pagi..jangan maki orang sesuka hati!hahaha tiap2 pagi bertambah dosa...maki hamun pemandu xberhemah di jalan raya yang menyusahkan pemandu lain...hehehe jangan!xelok...............




@...Sha Awifa...@

No comments:

Thanks n lurve all!!!