Tuesday, May 31, 2011

Rasa ini.


Apakah yang kau rasa?
Apakah yang aku rasa?
Apakah yang mereka rasa?
Adakah rasa kita sama?


Kau merasakan sebegitu....
Aku merasai begini....
Adakah mereka juga serupa?


Setiap rasa....hanya kita yang tahu.


Kau tahu rasa hatimu....
Aku tahu rasa hatiku...
Mereka tahu rasa hati mereka.


Tetapi kita tahu....semua rasa adalah sama.
Yang membezakan cuma aku, kau atau mereka.


Rasamu hanya milikmu....bukan aku atau mereka.
Rasa aku hanya milikku....bukan kau atau mereka.
Rasa mereka hanya milik mereka...bukan kau atau aku.


Simpanlah rasamu....jangan sampai kau hilang rasa.
Biarlah rasa ku...jangan kau cuba mencurinya.
Biarlah ia terus abadi di jiwa.
Untuk terus menjalani kehidupan sebagai manusia.


Tanpa rasa kau tak mampu berdiri.
Tanpa rasa kau bukan siapa-siapa.








**Jagalah rasa itu..jangan cemarinya.... =)



@...Sha Awifa...@

No comments:

Thanks n lurve all!!!