Daisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 26, 2010

"Mas Kahwin"

Tiba-tiba mood pagi neh nak cari tentang perkahwinan. Gatai nak kawen dah kowt.wow! Ilek lu...lum masa nak kawen g. Cuma ingin tahu ja.hehe Search punya search pasal kawen terjumpa dengan nilai mas kawen mengikut negeri..hehe bole jadi rujukan neh..Tapi mengikut dari bacaan Aye.. Maskawen boleh diberikan oleh suami kepada isteri seberapa banyak yang suka.. kerana maskawen adalah hadiah buat isteri. And suami xbole makan duit maskawen isteri melainkan si isteri memberikan kepada si suami...hmm

JOHOR : RM 22.50

MELAKA: RM 40.00

NEGERI SEMBILAN : RM 24.00

SELANGOR : RM 80.00

KUALA LUMPUR : RM 80.00

PERAK : RM 101.00

PULAU PINANG : RM 24.00
KEDAH : Tidak ditetapkan

PERLIS : Tidak ditetapkan

PAHANG : RM 22.50

TERENGGANU : Tidak ditetapkan

KELANTAN : Tidak ditetapkan

SABAH : RM 100.00
SARAWAK : RM 120.00
W.P LABUAN : RM 80.00
 
Haa mengikut ape yang Aye baca and sepeeti di atas. Orang Perak murah jew.. Rm101 jew...hehe So,untung sapa dapat orang Perak. tak mahal pun..Tapi sapa dapat orang Kedah rabak poket sket la. Sebab xditetapkan. Bole mintak suka hati. Untung anak dara Kedah.Ishk3..hehe kalo nak tau lebih lanjut bole view dengan klik link kat bawah neh...Ada perbezaan maskahwen anak dara and janda. Besa la..barang 2nd harga len la kan...

http://www.islam.gov.my/informasi/nilaimaskahwinnegeri.html

Baca punya baca sampai terjumpa dengan menda neh. Perak punya lew...Aye kan orang Perak.Hik3

ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Permulaan Kepada Perkahwinan

Seksyen 21. Mas kahwin dan pemberian

(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau   wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan   merekodkan-
 (a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin.
(b) nilai dan butir-butir lain apa-apa pemberian.
(c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akad nikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan.
(d) butir-butir cagaran yang diberikan bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.

Maskahwen xpa...bagi ja macam mana pun Aye xkesah punya..yang penting Aye punya hantaran la.. Weh,sapa kata xpenting!!.. Duit hantaran tue la nak wat kenduri suma.. Xkan nak perabis duit mak bapak plak an..sendiri gatai nak kawen sendiri tanggung la. Jangan susahkan orang tua..kan...hehe Ekotkan hati memang tergedik2 nak kawen dah neh. Excited gila!Tapi bila pikir macam2 belum stabil lagi..So sabaq sat na! xlari gunung dikejar kan...Sampai masa ada la tue.heee

@...Sha Awifa...@


No comments:

Thanks n lurve all!!!