Daisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

Andai semudah kata2.....

Dapat neh dari sini

---------------------------------------------------------------------------
NIKMATNYA BERMADU

Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang isteri sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin lagi, bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk menerima kedatangan bakal madu. Bagaimanakah sikap isteri dalam menerima kedatangan madu ini?

Bagi sesetengah isteri, kedatangan ‘orang baru’ itu dinanti dengan dada berdebar-debar, dan ketika itu mulalah ia tidak lalu makan, tidak lena tidur dan memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Mungkin aku dah tidak secantik dulu…. Dah tak mengghairahkan lagi….”dan pelbagai persoalan seumpamanya bermain-main  dalam kotak fikiran.

Allah turunkan ayat mengharuskan poligami, jauh sekali hendak menganiayai kaum wanita. Sebenarnya, poligami adalah medan perjuangan yang besar untuk menundukkan nafsu pada diri wanita. Ketika itulah nafsu akan tertekan.

Bermadu terasa menyakitkan kerana nafsu meronta-ronta minta diturunkan kehendaknya. Sekiranya kita berjaya menundukkannya, barulah datangnya nikmat bermadu. Dan bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu, merintih dan menangis di hadapan Allah. Kita akan menangis, bukan kerana kesal berpoligami tetapi kerana

kesal memandangkan selama ini kita lalai dengan nikmat Allah sehingga Allah menarik nikmat itu sedikit demi sedikit,untuk diberikan kepada kita di Akhirat kelak.Dalam menerima kedatangan madu yang merupakan orang baru dalam keluarga, isteri hendaklah berlapang dada.Kebanyakan ‘orang baru’ ini kurang tahu akan dunia rumahtangga yang baru dimasukinya. Isteri pertamalah yang perlu mendidik madunya dalam soal ini. Contohnya,dia memberitahu madunya mengenai kesukaan suami mereka, mengenai penjagaan pakaian suami,masakan kegemaran suami, dan yang lebih penting bagaimana untuk ‘tackle’ masalah suami.

Perkara ini memang sulit untuk dipraktiskan kerana adakalanya isteri pertama khuatir madunya akan mengatasi dirinya. Sikap ini tidak sepatutnya ada.Sebaliknya, fikirkanlah bagaimana untuk berganding bahu menghiburkan suami agar perjuangan suami di luar rumah berjalan lancar. Jika umpamanya kita tidak mampu memainkan peranan untuk membantu perjuangan suami,biarlah madu kita mengambil peranan itu. Yang penting,kita sesama madu dapat saling membantu untuk memberi hiburan kepada suami. Inilah yang dikatakan cinta suami kerana Allah.

Bagaimana sekiranya isteri pertama kurang bijak dalam sesuatu perkara manakala madunya pula lebih tahu serba sedikit urusan rumahtangga? Dalam hal ini, isteri pertama perlulah mempunyai sifat tawadhuk dan berfikiran terbuka. terimalah pandangan madu sekiranya semua itu untuk kebaikan rumahtangga mereka.

Bagaimana pula sikap isteri kedua terhadap isteri pertama? Yang penting, jagalah hati madu. Ketika memberi pandangan, jangan sekali-kali memperlihatkan kelemahan si ‘kakak”. Dalam banyak hal, isteri kedua hendaklah bersikap seperti murid kerana dia adalah orang yang baru hendak mengenali ahli keluarga suaminya.Jangan sekali-kali bersikap ego apabila si‘kakak’ memberi nasihat. Merendah dirilah dengan banyak bertanya walaupun banyak yang kita telah tahu.Ini akan menimbulkan kemesraan.

Sekiranya kita nampak sesuatu kelemahan atau kesalahan pada ‘kakak’ kita, cubalah betulkan secara berhikmah kerana isteri pertama biasanya sangat sensitif dengan setiap perkataan dan perbuatan madunya.Jagalah hatinya.

Sesama madu hendaklah sentiasa bertolak ansur.Sekiranya madu kita payah hendak bertolak ansur atau beralah, kitalah yang perlu bermujahadah. Carilah jalan yang boleh melembutkan hatinya. Misalnya,hadiahilah dia dengan sesuatu yang disukainya walaupun pada peringkat awal dia mungkin menolak. Ini memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. manalah tahu,berkat kesabaran kita, dia berubah.

Isteri-isteri yang berpoligami sebenarnya tidak dapat lari daripada dilanda sifat resah, cemburu, pemarah atau buruk sangka sesama madu. Apa yang penting di sini, pandulah perasaan itu mengikut syariat.

Untuk membuang terus segala sifat hati yang keji itu agak mustahil, tetapi kita boleh membendungnya. Kosongkan fikiran kita ketika perasaan itu datang, dan isikan dengan memikirkan kebesaran Allah, tentang nikmat dunia yang tidak kekal, atau tentang mati yang belum tahu bila masanya. Fikirkanlah tentang dosa-dosa yang lalu dan selalu ingatkan bahawa ujian-ujian yang datang ini mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa itu.

Sekiranya sifat-sifat hati yang keji itu dibiarkan subur, kita akan menjadi orang yang kecewa, pemarah tidak bertempat dan selalu menyimpan sakit hati samada terhadap sesama madu atau terhadap suami. Jadilah kita orang yang tidak tenang dan gopoh gapah dalam bertindak.

Di samping itu, perkuatkan keyakinan bahawa Allah Maha Adil, supaya tidak timbul resah gelisah dengan takdir Tuhan yang menentukan kita bermadu. Banyakkanlah mengingati Allah ketika dilanda perasaan berkecamuk.Berdoalah kerana ia adalah senjata yang paling ampuh ketika dilanda ujian.

“Ya Allah, satukanlah hatiku dan hati maduku.Lembutkanlah hati kami supaya dapat berbaik-baik. Ya Allah, tolonglah aku yang lemah ini……”


Akhir sekali, berserahlah kepada Allah kerana semuanya adalah urusan Allah, yang sudah tentu banyak hikmahnya.

------------------------------------------------------------------------


Lepas baca artikel neh Aye rasa makin sweet je kalo bermadu saling bebaek dan sefahaman serta sama2 berjuang menyokong serta membantu suami.hmm....tersentuh hati kecil ini....



@...Sha Awifa...@

No comments:

Thanks n lurve all!!!