Nyum3..telan liur dah Aye..huhu |
Neh plak bahan2 yang perlu ada n kena la beli nanti ....
Bahan-bahan
ikan kembung
bunga kantan
daun kesum
bawang besar (dikisar)
cili kering (dikisar)
asam gelugor
belacan
garam & serbuk perasa
Bahan-bahan ulam
bawang besar
salad
daun selum
timun
telur rebus
limau sambal
bunga kantan
Laksa
Cara-cara
1.Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama asam gelugor.Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
2.Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3.Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,serta bawang besar,cili kering dan belacan (yang telah diblend bersama td). Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
4.Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5.Masukkan garam & serbuk perasa.
6.Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
7.Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.
*Sedapnya...Jum memasak..hehehe Aye sangat suka masak laksa. So, xheran la... masa Aya umor 11 tahun dah leh masak laksa..belajar masak dengan tengok mak buat jew. Pas tue Aye try sendiri. Tau2 jadi..bestnyer..hehehe makanan fevret memang Aye belajar masak la. yang xfevret lambat sket la nak blaja.hehehe
@...Sha Awifa..@
No comments:
Post a Comment